Friday, July 10, 2009

Tutur kata dan adat kesopanan.
Dimanakah ia terletakknya pada diri kita di zaman kini?

nia'

Friday, July 3, 2009

Beberapa hari lepas, aku berdiri di pinggir tingkap sambil menjamah pisang goreng yang lagi hangat. Sedang aku di situ, aku terlihat seorang nenek dikerusi roda dan atok yang sedang menemani dan menolak kerusi roda nenek itu di tingkat bawah.
Walaupun kedua-duanya sudah tua bertongkat dan kaki yang tidak sepantas anak dara, berjalan untuk mengambil udara dan melihat sekitaran bukan penghalang mereka. Yang paling aku rasa tersentuah ialah apabila nenek di kerusi roda bercakap sesuatu dan si atok membongkok ke paras nenek itu dan mendengar apa yang ingin si isteri ingin membicarakan. Terdengar pula aku suara si atuk dari tingkat atas tetapi tidak jelas. Agak malas suara nya tetapi aku pasti, jawapan itu mesti dengan sepenuh hati.

Satu kata yang terlintas fikiran ku. Cinta. Cinta yang dijalin kan hingga ke tua. Tidak kira sakit atau sihat. Tidak kira sioman atau gila. Tidak kira umur atau darjat. Cinta sejati yang tiada batasannya. Inikah cinta yang remaja-remaja sekarang katakan cinta sejati? Bila tidak puas hati merajuk. Sayang sana sayang sini siang malam. Pasangan cacat sikit ditinggal. Minta putus apabila diri cemburu buta dengan si pasangan. Mencinta kerana makna yang bukan cinta. Putus hungungan bila sudah bosan. Apakah ini erti cinta sejati untuk kamu wahai Remaja sekalian?

Mungkin ada di antara kita yang datang dari keluarga yang berpecah berai. Cinta yang di perhatikan kurang jelas ertinya. Cinta mungkin tidak ada makna atau pun cinta itu bukan la selamanya dimata kalian. Tapi jelas, perasaan cinta walaupun marah tidak akan dapat awak larikan. Kerana melihat yang dewasa gagal dalam percintaan, tidak semestinya kita harus percaya bahwa cinta bukan segalanya, cinta bukan selamanya. Jikalau pasangan yang masih kekal arus hingga ke tua seperti nenek dan atuk tadi, apakah ia benar, cinta tidak boleh diteruskan hingga ke akhir hayat? Apakah kita ingin melihat anak-anak kita lalui apa yang telah kita alami yang amat melukakan.

renungkanlah..........